Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Org yg mendpt doa malaikat.


Super Member

Status: Offline
Posts: 609
Date:
Org yg mendpt doa malaikat.



> Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat
> itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka
> tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka
> mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui
> segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di
> belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at
> melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah,
> dan mereka selalu berhati - hati kerana takut
> kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)
>
> Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa
> oleh para malaikat:
>
> 1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
>
> Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar
> ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang
> tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan
> bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
> hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si
> fulan kerana tidur dalam keadaan suci'" (Hadith ini
> disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At
> Targhib wat Tarhib I/37)
>
> 2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
>
> Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa
> Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di
> antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia
> berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan
> mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah
> sayangilah ia" (Sahih Muslim no. 469)
>
> 3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
>
> Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin
> 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,
> "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat
> kepada orang - orang yang berada pada saf - saf
> terhadapan" (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al
> Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)
>
> 4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF
>
> (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam
> iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban
> dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa
> Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para
> malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang
> menyambung saf - saf" (Hadith ini disahihkan oleh
> Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib
> I/272)
>
> 5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
>
> Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra.,
> bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam
> membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn',
> maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana
> barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan
> malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu"
> (Sahih Bukhari no. 782)
>
> 6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH
> MELAKUKAN SOLAT.
>
> Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa
> Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu
> berselawat kepada salah satu di antara kalian selama
> ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat,
> selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat)
> berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al
> Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan
> hadith ini)

Semoga bermanfaat kepada kita smua.......


__________________
Buanglah kamu semua sampah di sekeliling kamu...............Sebelum kamu dibuang ke dalam semua tong sampah yg berada di sekeliling.........
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard