3 sudu makan minyak bijan (minyak bijan ni penting utk menentukan claypot yee mee kita sedap)
1 atau 2 kiub ayam ikut suka
Cili api
Kicap cair
Sayuran lain boleh juga dimasukkan spt lobak merah, cendawan kering (direndam dahulu sampai lembut) dan bunga kobis.
Cara-cara
· Dalam bekas lain tumiskan bawang putih sampai wangi. Lepas tu masukkan ler minyak bijan, sayuran, segala fish dan Yee mee serta telur tadi kedalam kuali.
· Jangan lama-lama sangat agak-agak Yee mee dah lembut dan telur dah masak.
· Kalau gunakan claypot lagi sedap caranya sama aje cuma calypot digantikan dgn kuali itu aje.
· Dah siap bolehlah dihidangkan dengan cili api yang dipotong-potong ikut suka dicampurkan dgn kicap cair (sambal cili ni buat dalam bekas lain tau) macam tengok kat kedai makan tu.
Kway Teow Mikro
Bahan-Bahan
1 paket kway teow
250g isi ayam
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 batang cili dihiris
garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar minyak
½ batang lobak merah dihiris panjang
1 batang cili merah dihiris sebagai hiasan
Cara Cara
· Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.
· Selepas itu, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.
· Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas.
LAKSA JOHOR
Bahan-bahan
Spagetti 1 paket (direbus)
1 kilo ikan kembung / parang - direbus (ambil isi)
1 1/2 paket kecil serbuk kari ikan
(dicampurkan dengan sedikit santan cair)
15 ulas bawang merah }
5 ulas bawah putih }
3 inci Lengkuas } dikisar halus (A)
3 batang serai }
300 gm udang kering (dikisar) (B)
150 gm ikan kurau kering (dibakar dan di kisar) (C)
kerisik
Santan kelapa
Garam dan serbuk perasa
Cara-cara
· Tumis bahan A hingga naik bau dan masukkan rempah kari.
· Tumis hingga garing Masukkan bahan kisar B dan C Masuk isi ikan, gaul sebati dan masukkan santan Bila kuah dah mendidih, masukkan kan kerisik.
· Biar kuah masak lama sikit agar rasanya sebati.
· Untuk pengetahuan, kalau kuah disimpan semalaman, rasanya lagi sedap
Semalam aku dah try masak, aku ikut sebijik apa yang kau tulis tu....masa masakan aku tu dah mengeluarkan bau... tersembul bau-bauan hamjadah yang mampu membuatkan kalenjar insulin aku mengalami pendarahan yang kronik, bila siap... aku pun makan le. Setelah aku memakani makanan tersebut, rupaku tidak seperti manusia lagi... aku telah bertukar menjadi nenek kebayan... rerupanya tu resepi jadi ahli sihir ropa eh